Gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk BBB dan JASA disertai oleh pelbagai agensi seperti Bomba, Rela, PKNS, Jabatan Kesihatan, MPKJ, Unit Amal, Kadet polis sekolah, Bulan Sabit Merah, sekolah Agama dan lain-lain lagi. Program telah dirasmikan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar selaku ADUN Bangi. Keseluruhan petugas yang terlibat seramai 200 orang dimana Unit Amal telah menghantar 20 orang petugas. sekian [Unit Amal Serdang]
Sunday, April 27, 2008
Gotong-royong Sek 16 BBB, Serdang.
Gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk BBB dan JASA disertai oleh pelbagai agensi seperti Bomba, Rela, PKNS, Jabatan Kesihatan, MPKJ, Unit Amal, Kadet polis sekolah, Bulan Sabit Merah, sekolah Agama dan lain-lain lagi. Program telah dirasmikan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar selaku ADUN Bangi. Keseluruhan petugas yang terlibat seramai 200 orang dimana Unit Amal telah menghantar 20 orang petugas. sekian [Unit Amal Serdang]
Thursday, April 24, 2008
ORGANISASI JABATAN AMAL SELANGOR 2009
TIMB. PENGARAH 1:
TIMB. PENGARAH 2:
TIMB. PENGARAH 3:
TIMB. PENGARAH 4:
SETIAUSAHA:
PEN. SETIAUSAHA:
BENDAHARI:
KOR KEWANGAN:
2. Asri Ahmad
KOR KEMAHIRAN & TEKNIKAL:
2. Mashadi Bin Saidn
KOR MOTIVASI & KAUNSELING :
1. Mohd Izwan Bin Baidawi
2. Muammar Quazafi B. Mohd Said
KOR TARBIAH:
2. Ahmad Ansori Bin Morshid
KOR PENERANGAN & PENERBITAN:
1. Mohd Yunus Bin Mahaiyuddin
2. Shuib Hj Musa
KOR LOGISTIK & PERBEKALAN:
2. Abdullah Bin Abd Rahman
KOR SUKAN & REKREASI:
2. Mohd Shahril Bin Shuhaimi
KOR TUGAS-TUGAS KHAS:
2. Sazali Bin Norsaham
VISI dan MISI
SEJARAH UNIT AMAL
Pemerkasan Unit Amal Serdang
Friday, April 18, 2008
LAWAT KELUARGA SHARLINIE, EDAR POSTER
PETALING JAYA, 15 Januari 2008 - Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom bersama seramai hampir 50 anggota Unit Amal negeri Selangor telah meluangkan masa melawat keluarga Sharlinie di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.
Dalam lawatan tersebut, Ustaz Jamsari bersama Pengarah Jabatan Amal Selangor, Hj Aszmi Anuar serta anggota Unit Amal Selangor telah mengadakan bacaan Yasin serta doa selamat untuk memohon kepada Allah agar adik Sharlinie dapat ditemui selain dilindungi dari sebarang kejahatan. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah TYDP PAS Kawasan PJS, Sdr Salleh.
Dengan kesempatan yang ada, Ustaz Jamsari telah memberi sedikit kata-kata perangsang kepada keluarga En Nashar serta isteri yang kelihatan sugul sejak beberapa hari lalu selain mengutuk tindakan jenayah yang dilakukan terhadap adik Sharlinie dan juga kanak-kanak lain yang semakin berleluasa di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Menurut Ustaz Jamsari lagi, perbuatan menculik kanak-kanak disifatkan sebagai tidak bermoral dan pelakunya adalah manusia yang tidak berakal. Selepas selesai mengadakan bacaan Yasin serta doa selamat, kesemua anggota Unit Amal Selangor telah melancarkan operasi mencari serta mengedar poster adik Sharlinie bermula di sekitar kawasan Taman Medan seterusnya menuju beberapa lokasi tumpuan ramai antaranya Pasaraya Carefour Subang, Pasaraya Giant Kinrara Puchong dan Gombak. Sebanyak 5000 poster adik Sharlinie telah pun diedar kepada orang ramai. Walaupun berada dalam keadaan dukacita serta tekanan yang dihadapi, En Nashar sekeluarga mengucapkan terima kasih diatas kesudian Unit Amal melawat beliau sekeluarga selain menghargai segala usaha yang dibuat oleh Unit Amal untuk mencari anak kesayangannya. [Kiriman : Azri Mohamad Arish]