Monday, May 19, 2008

Yayasan Amal Malaysia akan ke Myanmar untuk Misi Kemanusiaan Taufan Narjis

Taufan Narjis telah melanda negara Myanmar pada hari Sabtu yang lalu. Banyak negara yang perihatin mengenai bencana alam tersebut telah mula menurunkan bantuan dan sumbangan. Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataannya telah mengumumkan peruntukan sumbangan kewangan sebanyak RM 1,000,000 kepada mangsa taufan tersebut melalui pertubuhan bukan kerajaan yang terkenal dengan khidmat kebajikan dan kerja-kerja amal iaitu Yayasan Amal Malaysia(AMAL).
Oleh itu, semalam telah berlangsung suatu majlis ringkas penyerahan cek sumbangan tersebut oleh oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor kepada wakli AMAL, Sdr. Jamuliddin Elias selaku Timbalan Presiden AMAL. Turut sama dalam majlis tersebut adalah YB Dr Halimah Ali Exco Kerajaan Selangor, YB Rodziah Exco Kerjaan Selangor, YB Dr Hj Abd Rani Osman, Naib Presiden 1 AMAL Pusat, YB Dr Ahmad Yunus Pengerusi AMAL Cawangan Selangor serta beberapa Ahli Jawatankuasa AMAL Cawangan Selangor.
YAB MB Selangor berharap sumbangan tersebut dapat mengurangkan penderitaan yang sedang di alami oleh rakyat Myanmar. Beliau sangat menaruh harapan kepada AMAL untuk melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Taufan Narjis terhadap rakyat Myanmar. Menurut, Sdr Jamuliddin, beberapa kumpulan Sukarelawan AMAL akan di hantar ke Myanmar dalam masa terdekat ini. Beliau akan turut serta dalam kumpulan pertama yang di jangka bertolak pada hari Isnin hadapan untuk membuat tinjaun awal untuk persiapan kumpulan Sukarelawan AMAL yang lain tiba. Menurut beliau lagi, Presiden AMAL, HjHusin Ismail, YB Dr Hj Abd Rani Osman dan YB Dr Ahmad Yunus akan turut serta dalam misi kumpulan pertama tersebut.
Beliau berharap, semua ahli AMAL dan orang-ramai yang ingin turut bersamamemberikan bantuan, boleh hubungi beliau di talian 019-6644796. Setiap misiakan di sertai oleh para doktor, Team Medic, Jurutera dan Sukarelawan Am. Dijangka setiap kumpulan akan memberikan khidmat di Myanmar selama seminggudan bergilir dengan pasukan Sukarelawan AMAL yang lain. Sumbangan juga dibuka kepada mereka yang ingin membantu atau menyalurkan bantuan. Sekian.AMA2008.

Saturday, May 3, 2008

Ceramah Perdana: Negeri Kebajikan Pasca Kemenangan

Cheras Perdana, Kajang : Ceramah Perdana "Negari Kebajikan Pasca Kemenangan" telah disampaikan oleh YAB Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan, YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa Ahli Parlimen Bachok Kelantan, dan YB Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi Selangor. Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching daripada DAP. Program anjuran Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Serdang ini mendapat sambutan penduduk setempat dengan kehadiran orang ramai lebih kurang 5000 orang.

Orang ramai mengerumuni Tn Guru sebaik sahaja ia sampai dan juga semasa ceramah berakhir untuk bersalaman dan mencium tangan pimpinan ulung ini. Oleh kerana kesihatan tidak mengizinkan, pihak keselamatan daripada PAS Pusat, turut sama Saudara Hud yang merupakan Timb. Pengarah II Amal Selangor dan rakan-rakan serta bantuan daripada Unit Amal Serdang memastikan keadaan terkawal. Petugas-petugas daripada PAS Cawangan Cheras Perdana dan Cawangan-Cawangan sekitar seperti Pas Bandar Tun Hussein Onn, Pas Cheras Jaya, Pas Impian Ehsan dan lain-lain banyak membantu memastikan lalulintas lancar. [Kawasan Serdang]