Sunday, June 29, 2008

Majlis Pelancaran "Bangi Bandar Ilmu"

Taman Sri Putra, Kajang(22 Jun 2008), Majlis pelancaran "BANGI BANDAR ILMU" di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) dirasmikan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Darul Ehsan. Ucaptama majlis tersebut dilaksanakan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi yang mana beliaulah yang mengilhamkan inisiatif ini iaitu mahu menjadikan Bangi sebagai Bandar Ilmu. Acara penutup bersama exco Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor YB Dr Halimah Ali.

Unit Keselamatan KUIS, Unit Amal Serdang dan Penguatkuasa MPKJ ditugaskan untuk keselamatan, lalu-lintas dan parking.

Sunday, June 1, 2008

Jambori Amal Malaysia 2008, Kg Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak.

Kuala Kangsar (31 Mei 2008), Jambori Amal Pusat 2008 berlangsung selama 3 hari bermula 30 Mei 2008 hingga 01Jun2008 dengan kehadiran seramai lebih kurang 2000 peserta dari seluruh Negara. Tahun ini, Perak diamanahkan sebagai tuan rumah kepada program tahun Amal Pusat. Pemilihan lokasi yang amat cantik dan selesa di tepi Sungai Perak berhadapan dengan bangunan Istana cukup menarik perhatian penduduk dan pelancong yang berada di sekitar.Tapak Jambori (Pandangan dari arah Bangunan Istana)

Lawatan Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahudin Ayub ke khemah Amal Selangor

Jabatan Amal Selangor telah menghantar seramai 313 orang peserta ke jambori kali ini, yang merupakan kontigen teramai (tak pasti atau kedua).
Urusetia masak, menyediakan makanan untuk 300 orang peserta jambori Amal Selangor.