Tuesday, February 3, 2009

TAMRIN ( LATIHAN ) UNIT 'AMAL SELANGOR

Kg Labohan Dagang, Banting , Selangor - 31 hb Jan 09 bersamaan 5 Safar 1430, Sabtu.

Bertempat di Pondok Bustanul 'Arifin , Unit 'Amal Ampang telah menghadiri Tamrin Amal Selangor yang di adakan selama tiga hari dua malam untuk memantapkan lagi Pertubuhan Badan Berunifom Unit 'Amal bagi mendekatkan diri dengan masyarakat.Program tersebut menarik minat 5 orang Pemuda dari Kawasan Ampang ; antaranya Saudara Anuar Zaari, Saudara Syafiq bin Abdullah,Saudara Ahmad Safuan , Saudara Hamdi dan Saudara Shahril.

Keseluruhan peserta yang hadir di anggarkan hampir 150 dari setiap Kawasan seluruh Negeri Selangor.Antara acara yang di laksanakan adalah qiyamulail,solat berjemaah,kuliah @ tazkirah jihad,aktiviti berkumpulan,liga bolasepak,kawad kaki,gotong-royong dan tidak ketinggalan acara jalan malam bagi memantapkan Iman seseorang terhadap Allah SWT.Dari setiap acara yang di jalankan,'jalan malam' adalah merupakan proses penapisan/pengujian sejauh mana keyakinan kita kepadaNya dengan mengharungi jalan sukar selama hampir setengah jam di laluan ladang kelapa sawit dengan berseorangan diri pada waktu 2/3 malam.Dengan kerjasama dari pihak Urusetia,Alhamdulillah tiada sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku walaupun terdapat sedikit 'gangguan' di sepanjang laluan.

Walau apapun, tahniah di ucapkan kepada Penganjur Program Tamrin , Jabatan 'Amal Negeri Selangor dengan kerjasama Pengurusan Pondok Bustanul 'Arifin bagi menjayakan Program ini.Semoga , segala usaha yang di lakukan mendapat Rahmat dan Keredhoan dari Allah SWT.Insya Allah,jika di izinkan kita bertemu dalam Program yang akan datang.Amiin - ss -

(daripada Amal Ampang, Selangor)

Sunday, February 1, 2009

Manis Pahit yang dilalui Pemuda ini di PRK KT P036

Kiriman Saudara Omar:

Assalamualaikum
Semuga pengorbanan dan keterlibatan anak muda ini dalam Pilihanraya Kecil P036 turut menyumbang roh kemenangan PAS di sana. Sebagai anak muda yang masih minat dan terlibat aktif dengan dunia muzik rocknya, namun dia boleh mengenepikan keselesaan hidupnya dan bersama petugas2 di Markas Wilayah di Terengganu.
Anak-anak muda sepertinya perlu di dekati, agar semangat yang tertanam dalam jiwanya terus subur...
Memberhentikan minatnya pada ROCK... mungkin akan memberhentikan benih yang tertanam untuk mendekati perjuangan ini.
Kesayangan mereka pada Tok Guru seharusnya diraikan dengan pendekatan yang tersusun agar mereka akan terubah dengan pendekatan yang ada.
Ramai dikalangan mereka yang memang baik dan beriman kadang-kadang mahu anak-anak muda seperti ini terus beramal seperti mana mereka beramal... sedangkan dunia kita, mereka dan anak-anak muda ini terlalu banyak perbezaannya.
Masalahnya... anak-anak muda ini, jika di ajak ke masjid, surau memang sukar untuk mengikuti, tapi bila ada yang mendekati mereka dan berbicar tentang perjuangan dan Islam, mereka akan bertanya itu dan ini...
Tapi... siapakan yang akan mahu berdampingan dengan mereka kerana waktak keimanan dan pengamalan yang ada pada para pejuang jauh berbeza dengan mereka...
Ada ahli yang memandang sinis dan bertanyakan itu ini kerana gaya dan watak anak-anak muda ini kurang islamik ketika di Rumah Wilayah kerana yang baru sampai itu pejuang sejati PAS, hingga ada yang meninggalkan bekas didalam hati anak-anak muda ini.
Mereka tidak mahukan wang ringgit...
mereka tahu... bekerja untuk PAS tiada dijanjikan duit...!
Sekurang2nya hormatilah mereka.
Kehadiran mereka dari hari penamaan calon hingga keputusan di umumkan hars di hargai kerana setebal manapun keimana pejuang-pejuang yang ada kadang-kadang hanya mampu pergi hari penamaan calon dan hari mengundi sahaja... Mereka tak nampak anak-anak muda ini ketika di tengah-tengah hari itu! Oleh itu wajar bagi mereka memarahi anak-anak muda ini seperti kehadiran mereka menjadi pengacau kepada pejuangan ini...
mereka tidak mahu wang ringgit...
yang mereka mahu agar mereka di hormati sebagai anak-anak muda yang turut memberi sumbangan walaupun sedikit... dan yang paling penting dekati dan bimbingi mereka...
semuga ianya dapat difikir kan besama...
BAIK MANAKAH KITA, BURUK MANA SANGAT KAH MEREKA???

saksikanlah...