Wednesday, December 24, 2008

Kem Perkhemahan Amal Gombak 2008

Bukit Lagong, 15 Nov : Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak hari ini telah menganjurkan Kem Perkhemahan Amal Gombak 2008 bertempat di Kem Belia Bukit Lagong, Selayang. Perkhemahan itu berlangsung selama 2 hari bermula 15 nov (Sabtu) sehingga 16 Nov (Ahad).
Program kemuncak Jabatan Amal Gombak itu disertai oleh 264 orang remaja dan belia dari sekitar Gombak. Antara tujuan program tersebut diadakan ialah merekrut dan memperkasakan keahlian Unit Amal DPPK Gombak. Selain itu ia juga merupakan salah satu daripada aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan modal insan DPPK Gombak khususnya kepada golongan remaja dan belia di Gombak.
Menurut pengarah program, Normazali Zainal, program kali ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari kalangan belia dan remaja sehinggakan penyertaan terpaksa ditutup kerana melebihi sasaran. Para peserta telah telah diberi penerangan dan penjelasan berkenaaan Unit Amal oleh Pengarah Unit Amal Pusat sendiri iaitu Ust Jamsari.
Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program tersebut ialah Latihan Dalam Kumpulan, osbtackle games, flying fox, amal race, kembara malam dan banyak lagi. Para peserta kelihatan berpuas hati dan gembira kerana aktiviti program yang mencabar dan tidak mem’boring’ kan .
Program tersebut telah ditutup oleh Ust. Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


Video program :
http://www.youtube. com/watch? v=4eJ8ByDPFQo
http://www.youtube. com/watch? v=Elh-_2FEW08

Thursday, November 20, 2008

Kem Perkasa Amal Serdang

Kem Perkasa Amal telah dilaksanakan di Lubok Tedong, Hulu Kelang (Belakang Zoo Negara) pada 14Nov hingga 16Nov yang lalu. Seramai 15 orang peserta terlibat yang terdiri daripada exco pemuda serdang, unit amal serdang dan belia.

Objektif program adalah untuk membina ketahanan fizikal dan mental serta kekuatan iman dalam menepuh setiap cabaran yang dilalui. Disini juga kita dapat meningkatkan ukhwah antara setiap peserta.<<>>
Sila lawati: http://unitamalserdang.blogspot.com

Friday, August 1, 2008

Album Jambori Amal Selangor 2008

Jambori Amal Selangor 2008 telah diadakan di Pantai Kelanang, Morib, Banting, Selangor dengan kehadiran peserta seramai ~780 orang daripada 17 Kawasan di seluruh Selangor.

Monday, July 14, 2008

Peta Lokasi Jambori

Tentatif Program Jambori

25 Julai 2008 (Jumaat)

17.00 - 20.00 PENDAFTARAN

20.00 – 21.30 MAKAN MALAM & SOLAT ISYAK

21.30 – 22.00 TAKLIMAT OLEH PENGARAH PROGRAM

22.00 – 24.00 PERSEMBAHAN (SARINGAN)

26 Julai 2008 (Sabtu)

05.30 – 07.00 SOLAT SUBUH & KULIAH

07.00 – 07.30 SENAMAN RINGKAS

07.30 – 08.15 SARAPAN PAGI & PERSIAPAN DIRI

08.15 – 08.30 BERTOLAK KE TEMPAT GOTONG ROYONG

08.30 – 13.00 GOTONG ROYONG

13.00 – 14.00 MAKAN TENGAHARI & SOLAT

14.00 – 15.00 “Pengkisahan : PEMUDA PALESTIN.

15.00 – 16.30 ACARA PERSEMBAHAN SARINGAN

16.30 – 17.00 SOLAT ASAR & MINUM PETANG

17.00 – 19.00 PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN. DI TIGA TEMPAT BERASINGAN

19.00 – 21.00 SOLAT MAGHRIB & MAKAN MALAM & ISYAK

21.00 – 22.00 MAJLIS PERASMIAN

22.00 – 23.30 PERSEMBAHAN (AKHIR) & PERSEMBAHAN ARTIS UNDANGAN

23.30 – 00.30 TAKLIMAT RIHASAH

05.00 – 07.00 TAHAJJUD & SOLAT SUBUH & KULIAH SUBUH

07.00 – 08.00 SARAPAN PAGI & PERSIAPAN DIRI

27 Julai 2008 (Ahad)

08.00 – 12.00 ACARA SUKAN

12.00 – 13.00 KEMAS TAPAK PERKHEMAHAN, KAWAD KEBERSIHAN

14.00 – 15.00 ACARA PENUTUP PENYAMPAIAN HADIAH, WATIKAH DAN PERSEMBAHAN. SALAM UKHUWAH.



PERTANDINGAN (SUKAN).
Merentas halangan (Syabab) 5 org
Masakan survival (Syabab) 3org
Operasi menyelamat (Syabab) 5 orang
Amalrace (Walad) 5 orang
Penyampai maklumat (Walad) 5 orang
Tarik Tali (Syabab) 10 orang
Larian Amal (Acara wajib semua peserta)
Gadjet terbaik (K)
Khemah terbaik (K)
Kawad (Wajib) W+S
Peserta Teramai


PROGRAM KEMASYARAKATAN.


Membersihkan kubur
Gotong-royong/mengecat Surau/ Rumah Anak Yatim

PERSEMBAHAN (Tema : Palestin)

Nasyid (Al-Amal dan Palestin)
Azan
Hafazan
Pentomen
Persembahan Artis Jemputan (Kumpulan Fasz

Sunday, June 29, 2008

Majlis Pelancaran "Bangi Bandar Ilmu"

Taman Sri Putra, Kajang(22 Jun 2008), Majlis pelancaran "BANGI BANDAR ILMU" di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) dirasmikan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Darul Ehsan. Ucaptama majlis tersebut dilaksanakan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi yang mana beliaulah yang mengilhamkan inisiatif ini iaitu mahu menjadikan Bangi sebagai Bandar Ilmu. Acara penutup bersama exco Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor YB Dr Halimah Ali.

Unit Keselamatan KUIS, Unit Amal Serdang dan Penguatkuasa MPKJ ditugaskan untuk keselamatan, lalu-lintas dan parking.

Sunday, June 1, 2008

Jambori Amal Malaysia 2008, Kg Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak.

Kuala Kangsar (31 Mei 2008), Jambori Amal Pusat 2008 berlangsung selama 3 hari bermula 30 Mei 2008 hingga 01Jun2008 dengan kehadiran seramai lebih kurang 2000 peserta dari seluruh Negara. Tahun ini, Perak diamanahkan sebagai tuan rumah kepada program tahun Amal Pusat. Pemilihan lokasi yang amat cantik dan selesa di tepi Sungai Perak berhadapan dengan bangunan Istana cukup menarik perhatian penduduk dan pelancong yang berada di sekitar.Tapak Jambori (Pandangan dari arah Bangunan Istana)

Lawatan Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahudin Ayub ke khemah Amal Selangor

Jabatan Amal Selangor telah menghantar seramai 313 orang peserta ke jambori kali ini, yang merupakan kontigen teramai (tak pasti atau kedua).
Urusetia masak, menyediakan makanan untuk 300 orang peserta jambori Amal Selangor.

Monday, May 19, 2008

Yayasan Amal Malaysia akan ke Myanmar untuk Misi Kemanusiaan Taufan Narjis

Taufan Narjis telah melanda negara Myanmar pada hari Sabtu yang lalu. Banyak negara yang perihatin mengenai bencana alam tersebut telah mula menurunkan bantuan dan sumbangan. Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataannya telah mengumumkan peruntukan sumbangan kewangan sebanyak RM 1,000,000 kepada mangsa taufan tersebut melalui pertubuhan bukan kerajaan yang terkenal dengan khidmat kebajikan dan kerja-kerja amal iaitu Yayasan Amal Malaysia(AMAL).
Oleh itu, semalam telah berlangsung suatu majlis ringkas penyerahan cek sumbangan tersebut oleh oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor kepada wakli AMAL, Sdr. Jamuliddin Elias selaku Timbalan Presiden AMAL. Turut sama dalam majlis tersebut adalah YB Dr Halimah Ali Exco Kerajaan Selangor, YB Rodziah Exco Kerjaan Selangor, YB Dr Hj Abd Rani Osman, Naib Presiden 1 AMAL Pusat, YB Dr Ahmad Yunus Pengerusi AMAL Cawangan Selangor serta beberapa Ahli Jawatankuasa AMAL Cawangan Selangor.
YAB MB Selangor berharap sumbangan tersebut dapat mengurangkan penderitaan yang sedang di alami oleh rakyat Myanmar. Beliau sangat menaruh harapan kepada AMAL untuk melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Taufan Narjis terhadap rakyat Myanmar. Menurut, Sdr Jamuliddin, beberapa kumpulan Sukarelawan AMAL akan di hantar ke Myanmar dalam masa terdekat ini. Beliau akan turut serta dalam kumpulan pertama yang di jangka bertolak pada hari Isnin hadapan untuk membuat tinjaun awal untuk persiapan kumpulan Sukarelawan AMAL yang lain tiba. Menurut beliau lagi, Presiden AMAL, HjHusin Ismail, YB Dr Hj Abd Rani Osman dan YB Dr Ahmad Yunus akan turut serta dalam misi kumpulan pertama tersebut.
Beliau berharap, semua ahli AMAL dan orang-ramai yang ingin turut bersamamemberikan bantuan, boleh hubungi beliau di talian 019-6644796. Setiap misiakan di sertai oleh para doktor, Team Medic, Jurutera dan Sukarelawan Am. Dijangka setiap kumpulan akan memberikan khidmat di Myanmar selama seminggudan bergilir dengan pasukan Sukarelawan AMAL yang lain. Sumbangan juga dibuka kepada mereka yang ingin membantu atau menyalurkan bantuan. Sekian.AMA2008.

Saturday, May 3, 2008

Ceramah Perdana: Negeri Kebajikan Pasca Kemenangan

Cheras Perdana, Kajang : Ceramah Perdana "Negari Kebajikan Pasca Kemenangan" telah disampaikan oleh YAB Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan, YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa Ahli Parlimen Bachok Kelantan, dan YB Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi Selangor. Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching daripada DAP. Program anjuran Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Serdang ini mendapat sambutan penduduk setempat dengan kehadiran orang ramai lebih kurang 5000 orang.

Orang ramai mengerumuni Tn Guru sebaik sahaja ia sampai dan juga semasa ceramah berakhir untuk bersalaman dan mencium tangan pimpinan ulung ini. Oleh kerana kesihatan tidak mengizinkan, pihak keselamatan daripada PAS Pusat, turut sama Saudara Hud yang merupakan Timb. Pengarah II Amal Selangor dan rakan-rakan serta bantuan daripada Unit Amal Serdang memastikan keadaan terkawal. Petugas-petugas daripada PAS Cawangan Cheras Perdana dan Cawangan-Cawangan sekitar seperti Pas Bandar Tun Hussein Onn, Pas Cheras Jaya, Pas Impian Ehsan dan lain-lain banyak membantu memastikan lalulintas lancar. [Kawasan Serdang]

Sunday, April 27, 2008

Gotong-royong Sek 16 BBB, Serdang.


Gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk BBB dan JASA disertai oleh pelbagai agensi seperti Bomba, Rela, PKNS, Jabatan Kesihatan, MPKJ, Unit Amal, Kadet polis sekolah, Bulan Sabit Merah, sekolah Agama dan lain-lain lagi. Program telah dirasmikan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar selaku ADUN Bangi. Keseluruhan petugas yang terlibat seramai 200 orang dimana Unit Amal telah menghantar 20 orang petugas. sekian [Unit Amal Serdang]

Thursday, April 24, 2008

ORGANISASI JABATAN AMAL SELANGOR 2009

PENGARAH:
Hj Aszmi Anuar No. Tel : 019-2568820

TIMB. PENGARAH 1:
Khairil Anuar Ismail No. Tel : 019-3887045

TIMB. PENGARAH 2:
Hud Abd Hamid No. Tel : 012-9177583

TIMB. PENGARAH 3:
Mohd Rosdi Zakaria No. Tel : 019-2863183

TIMB. PENGARAH 4:
Zol Amri Bin Shakroni

SETIAUSAHA:
Normazali Zainal No. Tel : 019-6101782

PEN. SETIAUSAHA:
Ahmad Kamal Bin Mohd Arish

BENDAHARI:
Mat Nasri Jamaludin No. Tel : 019-3491543

KOR KEWANGAN:
1. Hj Ahmad Hakim Bin Kari
2. Asri Ahmad

KOR KEMAHIRAN & TEKNIKAL:
1. Faizul Hafiz Bin Surati
2. Mashadi Bin Saidn

KOR MOTIVASI & KAUNSELING :
1. Mohd Izwan Bin Baidawi
2. Muammar Quazafi B. Mohd Said

KOR TARBIAH:
1. Mohd Burhanuddin Bin Othman
2. Ahmad Ansori Bin Morshid

KOR PENERANGAN & PENERBITAN:
1. Mohd Yunus Bin Mahaiyuddin
2. Shuib Hj Musa

KOR LOGISTIK & PERBEKALAN:
1. Mohd Azizi Ismail
2. Abdullah Bin Abd Rahman

KOR SUKAN & REKREASI:
1. Abd. Latif Ya’akob
2. Mohd Shahril Bin Shuhaimi

KOR TUGAS-TUGAS KHAS:
1. Mat Amin bin Sidek
2. Sazali Bin Norsaham

LOGO YANG PERNAH DIGUNAKAN OLEH JABATAN AMAL MALAYSIA BERMULA 1989 - 2007





VISI dan MISI

VISI
====
PERGERAKAN KEBAJIKAN SUKARELA BERUNIFORM YANG CEMERLANG PILIHAN GENERASI BARU BERTERASKAN ISLAM

MISI
====
BERKHIDMAT SECARA SUKARELA UNTUK MEMBANGUNKAN SEMULA BUDAYA GENERASI MUDA MALAYSIA MELALUI PENDEKATAN KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN BERTERASKAN ISLAM.
MELAHIRKAN AHLI-AHLI PERGERAKAN SUKARELA YANG SERBA BOLEH YANG MENGHAYATI TERAS LIMA BUDAYA AMAL.

TERAS LIMA BUDAYA AMAL
========================
1. KEIMANAN DAN KETAKWAAN
2. ILMU DAN AMAL YANG SOLEH DAN BENAR
3. KEMAHIRAN DAN KETERAMPILAN
4. BERDISIPLIN DAN BERAKHLAK MULIA
5. BERAMAL KERANA ALLAH

IKRAR AMAL
===========
ALLAH TUHAN KAMI
ALLAH MATLAMAT KAMI
RASUL IKUTAN KAMI
AL-QURAN PERLEMBAGAAN KAMI
JIHAD JALAN KAMI
SYAHID CITA-CITA TERTINGGI KAMI

SEJARAH UNIT AMAL

Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan Dan kemasyarakatan DPP Pusat sessi 1989/91. Kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform.Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Reakreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (Ahli Majlis Syura Ulama’) AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu. Jambori pertama kali ini telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota Unit Amal dari seluruh negeri.
Tuan Hj Hussin Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama. Pasukan ini kemudiannya diikuti oleh Penubuhan Unit Amal Nisa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat.Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal di seluruh negeri dan kawasan dipertingkatkan. Sdr Jamuliddin Ellias telah dipilih sebagai Ketua Pengarah Unit ke 2 bermula 2002-2005.Berbagai kejayaan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Amal Pusat selama tempoh tersebut terutama dalam memberi khidmat kepada PAS disemua peringkat.
Mulai Julai 2005 Sdr Jamsari Marsom telah dipilih Ketua Pengarah ke 3 menggantikan Sdr Jamuliddin ellias yang telah melebihi umur pemuda. Dibawah YB Salahudin Ayub selaku ketua DPPP satu perubahan drastic dilakukan oleh Unit Amal untuk menumpu engagement dengan masyarakat sesuai dengan misi dan visi baru DPPP.


Bermula Februari 2006, Unit Amal telah dianugerahkan pakaian rasmi (uniform) baru berwarna merah terang yang lebih ceria sesuai dengan citarasa pemuda pada ketika ini. Majlis penyampaian penganugerahan pakaian rasmi ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan.

Pemerkasan Unit Amal Serdang


Program turun ke cawangan-cawangan memberi taklimat mengenai unit amal dan mendaftarkan ahli dilaksanakan bagi memperkasa Unit Amal Serdang. Setakat tarikh artikel ini ditulis, dua cawangan telah kita kunjungi iaitu Cawangan Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) dan Cawangan Sri Melor. Taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha Jabatan Amal Negeri Selangor, sdr. Khairil Anuar Ismail. Selepas ini beberapa cawangan lagi akan kita lawati, cawangan Sek 16 BBB (surau Istiqomah), cawangan Impian Ehsan dan lain-lain lagi. Sekian. [Petikan daripada http://unitamalserdang.blogspot.com]

Friday, April 18, 2008

LAWAT KELUARGA SHARLINIE, EDAR POSTER

PETALING JAYA, 15 Januari 2008 - Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom bersama seramai hampir 50 anggota Unit Amal negeri Selangor telah meluangkan masa melawat keluarga Sharlinie di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.
Dalam lawatan tersebut, Ustaz Jamsari bersama Pengarah Jabatan Amal Selangor, Hj Aszmi Anuar serta anggota Unit Amal Selangor telah mengadakan bacaan Yasin serta doa selamat untuk memohon kepada Allah agar adik Sharlinie dapat ditemui selain dilindungi dari sebarang kejahatan. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah TYDP PAS Kawasan PJS, Sdr Salleh.
Dengan kesempatan yang ada, Ustaz Jamsari telah memberi sedikit kata-kata perangsang kepada keluarga En Nashar serta isteri yang kelihatan sugul sejak beberapa hari lalu selain mengutuk tindakan jenayah yang dilakukan terhadap adik Sharlinie dan juga kanak-kanak lain yang semakin berleluasa di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Menurut Ustaz Jamsari lagi, perbuatan menculik kanak-kanak disifatkan sebagai tidak bermoral dan pelakunya adalah manusia yang tidak berakal. Selepas selesai mengadakan bacaan Yasin serta doa selamat, kesemua anggota Unit Amal Selangor telah melancarkan operasi mencari serta mengedar poster adik Sharlinie bermula di sekitar kawasan Taman Medan seterusnya menuju beberapa lokasi tumpuan ramai antaranya Pasaraya Carefour Subang, Pasaraya Giant Kinrara Puchong dan Gombak. Sebanyak 5000 poster adik Sharlinie telah pun diedar kepada orang ramai. Walaupun berada dalam keadaan dukacita serta tekanan yang dihadapi, En Nashar sekeluarga mengucapkan terima kasih diatas kesudian Unit Amal melawat beliau sekeluarga selain menghargai segala usaha yang dibuat oleh Unit Amal untuk mencari anak kesayangannya. [Kiriman : Azri Mohamad Arish]

Wednesday, April 16, 2008

Brainstorming Amal Malaysia


Kota Bharu (14Jan2006), Jabatan Amal Malaysia menganjurkan program "Brainstorming Amal Malaysia" yang telah diadakan di Perdana Resort, Pantai PCB, Kota Bharu Kelantan. Objektif program adalah untuk memperkasakan Jabatan Amal dengan fungsi-fungsi baru mengikut keperluan semasa. Ini penting bagi memastikan Jabatan Amal sentiasa berada di tengah-tengah masyarakat dalam memberi khidmat masyarakat.


Jabatan Amal Selangor turut menghantar wakil yang diketuai sendiri oleh Pengarah Jabatan Amal Negeri, sdr Hj Azmi. Turut sama setiausaha sdr Khairil Anuar Ismail, ALP Asri, ALP Amin dan lain-lain.