Wednesday, November 11, 2009

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR JAMBORI JABATAN AMAL KE-17




SILA COPY URL DIBAWAH UNTUK MELIHAT ALBUM2 JAMBORI


http://s1004.photobucket.com/albums/af170/unitamalselangor/ALBUM%20JAMBORI%203/?albumview=grid

http://s1004.photobucket.com/albums/af170/unitamalselangor/ALBUM%20JAMBORI%202/?albumview=grid

http://s1004.photobucket.com/albums/af170/unitamalselangor/ALBUM%20JAMBORI%203/?albumview=grid

http://s1004.photobucket.com/albums/af170/unitamalselangor/ALBUM%20JAMBORI%204/?albumview=grid

http://s1004.photobucket.com/albums/af170/unitamalselangor/ALBUM%20JAMBORI%205/?albumview=grid

Sunday, October 4, 2009

JAMBORI JABATAN AMAL MALAYSIA 2009

TEMPAT:BATU 23, KG SUNGAI NIBONG, SUNGAI BESAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.

TARIKH:
30hb OKT hingga 1hb NOV. 2009

Peserta : 17tahun ke atas sahaja.
(36 orang setiap kawasan)

Acara : Amal Race, Rentas Halangan, Sukan Rakyat, Keluarga Angkat,
Bolasepak, Aktiviti Kemasyarakatan, Kawad, Persembahan Artis Amal dsb.

Yuran : RM20.00 seorang (pendaftaran, makan & t-shirt)

Kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menyertai AQIQAH sempena jambori kali ini dengan menghubungi Anuar (019-388 7045) atau Mazali (019-610 1782). Harga satu bahagian RM350.00

Sila panjangkan maklumat ini kepada kawasan tuan2.

Terima kasih.

Wednesday, September 16, 2009

IFTAR AMAL SERDANG 2009

12 September 2009, Program IFTAR AMAL SERDANG 2009 telah diadakan di surau Al-Islah, Taman Kajang Mewah, Kajang (bersebelahan seksyen 7 Bandar Baru Bangi). Program ini dianjurkan oleh Jabatan Amal Serdang dengan kerjasama Ahli Majlis MPKj Ustaz Shafie Ngah dan surau Al-Islah. Turut hadir dalam majlis Pengarah Jabatan Amal Selangor Hj. Aszemi yang sempat sama-sama memasak bubur lambok untuk juadah berbuka. Majlis dimulakan pada 6.00 petang dengan acara penyampaian sumbangan kepada 56 keluarga yang memerlukan bantuan. Seterusnya berbuka, solat maghrib, solat insyak, solat tarawih dan qiamulai remaja. Ini merupakan kali kedua bagi program Qiamulai Remaja yang disertai oleh 30 orang.

Majlis Penyampaian sumbangan, dari kiri: Sdr Aszmi (Pengarah Jabatan Amal Selangor), Ustaz Shafie Ngah (Ahli Majlis MPKj) dan YB Dr Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi)



Sunday, September 6, 2009

IHYA RAMADHAN, SUMBANGAN DAN IFTAR AMAL

06 September 2009 (ahad), Yayasan Amal Selangor dan Jabatan Amal Negeri Selangor, mengadakan program bersama masyarakat Orang Asli di Kg Orang Asli Bt.12, Sg Cincin, Gombak. Turut serta dalam program tersebut ialah Sdr Ahmad Zaidy Abd Mutalib selaku Timb. Ketua Pemuda PAS Selangor, Hj Azmi Pengarah Jabatan Amal Selangor, Sdr Jamil Saring daripada Yayasan Amal dan lain-lain.





Monday, August 31, 2009

Qiamulai Remaja

Tazkirah dan taklimat ringkas tentang qiamulai dan pelaksanaannya disampaikan oleh Ust Army. Jam 3.40 pagi 30Ogos2009.

Sesi Pendaftaran, berkenalan dan taklimat awal oleh Sdr Agus Salim Abd Wahid selaku Pengarah Program merangkap Ketua Kor Tarbiyyah Amal Serdang.

29 Ogos 2009(Sabtu), Jabatan Amal Serdang melalui Kor Tarbiyyah telah melaksanakan program 'QIAMULAI REMAJA' bertempat di Surau Jubli Perak, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Seramai 9 ahli Amal Serdang bersama-sama 62 orang remaja yang berumur antara 10-16 tahun terlibat dalam program tersebut. Qiamulai telah dibimbing oleh Ustaz Army daripada Taman Kajang Utama. Ustaz juga berkesempatan menyampaikan kuliah suboh pada pagi tersebut yang turut dihadiri oleh jemaah surau serta pakar motivasi terkenal Ustaz Fadhilah Kamsah yang berkebetulan bersembahyang berjemaah suboh di situ. Kesahduan surau ustaz semasa melafazkan zikir, bermunajad kepada Allah swt mengamit keheningan pagi.


Tuesday, August 4, 2009

KURSUS HAJI DI MASJID TAMAN SUBANG PERDANA


Thursday, July 9, 2009

KEJOHANAN 5 SEBELAH PIALA YB KHASIM






Taman Kosas, Ampang - 14 Jun 2009 / 21 Jamadilakhir 1430 bertempat di padang awam Taman Kosas , Pertubuhan Belia Islam Ampang ( BISA ) berjaya menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 5 sebelah Piala YB Khasim ( ADUN ) Lembah Jaya.Kejohanan ini telah berjaya menarik minat 32 pasukan dari seluruh pemuda cawangan di Dun Lembah Jaya.
Alhamdulillah, kejohanan ini telah di sempurnakan oleh YB Khasim dengan sedikit ucapan ringkas dan mengambil tendangan penalti bagi merasmikannya.Antara ucapannya, beliau mengharapkan agar aktiviti bersukan ini dapat mengeratkan hubungan dan menjalinkan perpaduan antara kaum dalam kalangan penduduk.Selain itu, pihaknya juga sedang berusaha menyiapkan kertas kerja bagi membina sebuah mini stadium untuk kemudahan penduduk melakukan aktiviti sukan dan riadah.
Turut hadir pada majlis ini Ahli-Ahli Majlis MPAJ, Ketua- Ketua Kampung, AJK PAS Kawasan Ampang serta Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan merangkap Urusetia Kejohanan ini.
Kejohanan ini di menangi oleh Pemuda Lembah Jaya Utara setelah berjaya mengalahkan Pasukan Syabab Kg. Melayu Ampang dengan penentuan sepakan penalti.
Majlis penyampaian hadiah di sampaikan oleh wakil ( BISA ) merangkap Imam ( 1 ) Masjid Taman Kosas Ybhg. Ustaz Nazeri bin Mustafa.
Majlis bersurai pada jam 5.30 petang dengan nyanyian Lagu Unit 'Amal Malaysia.