Sunday, April 27, 2008

Gotong-royong Sek 16 BBB, Serdang.


Gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk BBB dan JASA disertai oleh pelbagai agensi seperti Bomba, Rela, PKNS, Jabatan Kesihatan, MPKJ, Unit Amal, Kadet polis sekolah, Bulan Sabit Merah, sekolah Agama dan lain-lain lagi. Program telah dirasmikan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar selaku ADUN Bangi. Keseluruhan petugas yang terlibat seramai 200 orang dimana Unit Amal telah menghantar 20 orang petugas. sekian [Unit Amal Serdang]

Thursday, April 24, 2008

ORGANISASI JABATAN AMAL SELANGOR 2009

PENGARAH:
Hj Aszmi Anuar No. Tel : 019-2568820

TIMB. PENGARAH 1:
Khairil Anuar Ismail No. Tel : 019-3887045

TIMB. PENGARAH 2:
Hud Abd Hamid No. Tel : 012-9177583

TIMB. PENGARAH 3:
Mohd Rosdi Zakaria No. Tel : 019-2863183

TIMB. PENGARAH 4:
Zol Amri Bin Shakroni

SETIAUSAHA:
Normazali Zainal No. Tel : 019-6101782

PEN. SETIAUSAHA:
Ahmad Kamal Bin Mohd Arish

BENDAHARI:
Mat Nasri Jamaludin No. Tel : 019-3491543

KOR KEWANGAN:
1. Hj Ahmad Hakim Bin Kari
2. Asri Ahmad

KOR KEMAHIRAN & TEKNIKAL:
1. Faizul Hafiz Bin Surati
2. Mashadi Bin Saidn

KOR MOTIVASI & KAUNSELING :
1. Mohd Izwan Bin Baidawi
2. Muammar Quazafi B. Mohd Said

KOR TARBIAH:
1. Mohd Burhanuddin Bin Othman
2. Ahmad Ansori Bin Morshid

KOR PENERANGAN & PENERBITAN:
1. Mohd Yunus Bin Mahaiyuddin
2. Shuib Hj Musa

KOR LOGISTIK & PERBEKALAN:
1. Mohd Azizi Ismail
2. Abdullah Bin Abd Rahman

KOR SUKAN & REKREASI:
1. Abd. Latif Ya’akob
2. Mohd Shahril Bin Shuhaimi

KOR TUGAS-TUGAS KHAS:
1. Mat Amin bin Sidek
2. Sazali Bin Norsaham

LOGO YANG PERNAH DIGUNAKAN OLEH JABATAN AMAL MALAYSIA BERMULA 1989 - 2007





VISI dan MISI

VISI
====
PERGERAKAN KEBAJIKAN SUKARELA BERUNIFORM YANG CEMERLANG PILIHAN GENERASI BARU BERTERASKAN ISLAM

MISI
====
BERKHIDMAT SECARA SUKARELA UNTUK MEMBANGUNKAN SEMULA BUDAYA GENERASI MUDA MALAYSIA MELALUI PENDEKATAN KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN BERTERASKAN ISLAM.
MELAHIRKAN AHLI-AHLI PERGERAKAN SUKARELA YANG SERBA BOLEH YANG MENGHAYATI TERAS LIMA BUDAYA AMAL.

TERAS LIMA BUDAYA AMAL
========================
1. KEIMANAN DAN KETAKWAAN
2. ILMU DAN AMAL YANG SOLEH DAN BENAR
3. KEMAHIRAN DAN KETERAMPILAN
4. BERDISIPLIN DAN BERAKHLAK MULIA
5. BERAMAL KERANA ALLAH

IKRAR AMAL
===========
ALLAH TUHAN KAMI
ALLAH MATLAMAT KAMI
RASUL IKUTAN KAMI
AL-QURAN PERLEMBAGAAN KAMI
JIHAD JALAN KAMI
SYAHID CITA-CITA TERTINGGI KAMI

SEJARAH UNIT AMAL

Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan Dan kemasyarakatan DPP Pusat sessi 1989/91. Kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform.Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Reakreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (Ahli Majlis Syura Ulama’) AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu. Jambori pertama kali ini telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota Unit Amal dari seluruh negeri.
Tuan Hj Hussin Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama. Pasukan ini kemudiannya diikuti oleh Penubuhan Unit Amal Nisa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat.Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal di seluruh negeri dan kawasan dipertingkatkan. Sdr Jamuliddin Ellias telah dipilih sebagai Ketua Pengarah Unit ke 2 bermula 2002-2005.Berbagai kejayaan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Amal Pusat selama tempoh tersebut terutama dalam memberi khidmat kepada PAS disemua peringkat.
Mulai Julai 2005 Sdr Jamsari Marsom telah dipilih Ketua Pengarah ke 3 menggantikan Sdr Jamuliddin ellias yang telah melebihi umur pemuda. Dibawah YB Salahudin Ayub selaku ketua DPPP satu perubahan drastic dilakukan oleh Unit Amal untuk menumpu engagement dengan masyarakat sesuai dengan misi dan visi baru DPPP.


Bermula Februari 2006, Unit Amal telah dianugerahkan pakaian rasmi (uniform) baru berwarna merah terang yang lebih ceria sesuai dengan citarasa pemuda pada ketika ini. Majlis penyampaian penganugerahan pakaian rasmi ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan.

Pemerkasan Unit Amal Serdang


Program turun ke cawangan-cawangan memberi taklimat mengenai unit amal dan mendaftarkan ahli dilaksanakan bagi memperkasa Unit Amal Serdang. Setakat tarikh artikel ini ditulis, dua cawangan telah kita kunjungi iaitu Cawangan Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) dan Cawangan Sri Melor. Taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha Jabatan Amal Negeri Selangor, sdr. Khairil Anuar Ismail. Selepas ini beberapa cawangan lagi akan kita lawati, cawangan Sek 16 BBB (surau Istiqomah), cawangan Impian Ehsan dan lain-lain lagi. Sekian. [Petikan daripada http://unitamalserdang.blogspot.com]

Friday, April 18, 2008

LAWAT KELUARGA SHARLINIE, EDAR POSTER

PETALING JAYA, 15 Januari 2008 - Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom bersama seramai hampir 50 anggota Unit Amal negeri Selangor telah meluangkan masa melawat keluarga Sharlinie di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.
Dalam lawatan tersebut, Ustaz Jamsari bersama Pengarah Jabatan Amal Selangor, Hj Aszmi Anuar serta anggota Unit Amal Selangor telah mengadakan bacaan Yasin serta doa selamat untuk memohon kepada Allah agar adik Sharlinie dapat ditemui selain dilindungi dari sebarang kejahatan. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah TYDP PAS Kawasan PJS, Sdr Salleh.
Dengan kesempatan yang ada, Ustaz Jamsari telah memberi sedikit kata-kata perangsang kepada keluarga En Nashar serta isteri yang kelihatan sugul sejak beberapa hari lalu selain mengutuk tindakan jenayah yang dilakukan terhadap adik Sharlinie dan juga kanak-kanak lain yang semakin berleluasa di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Menurut Ustaz Jamsari lagi, perbuatan menculik kanak-kanak disifatkan sebagai tidak bermoral dan pelakunya adalah manusia yang tidak berakal. Selepas selesai mengadakan bacaan Yasin serta doa selamat, kesemua anggota Unit Amal Selangor telah melancarkan operasi mencari serta mengedar poster adik Sharlinie bermula di sekitar kawasan Taman Medan seterusnya menuju beberapa lokasi tumpuan ramai antaranya Pasaraya Carefour Subang, Pasaraya Giant Kinrara Puchong dan Gombak. Sebanyak 5000 poster adik Sharlinie telah pun diedar kepada orang ramai. Walaupun berada dalam keadaan dukacita serta tekanan yang dihadapi, En Nashar sekeluarga mengucapkan terima kasih diatas kesudian Unit Amal melawat beliau sekeluarga selain menghargai segala usaha yang dibuat oleh Unit Amal untuk mencari anak kesayangannya. [Kiriman : Azri Mohamad Arish]

Wednesday, April 16, 2008

Brainstorming Amal Malaysia


Kota Bharu (14Jan2006), Jabatan Amal Malaysia menganjurkan program "Brainstorming Amal Malaysia" yang telah diadakan di Perdana Resort, Pantai PCB, Kota Bharu Kelantan. Objektif program adalah untuk memperkasakan Jabatan Amal dengan fungsi-fungsi baru mengikut keperluan semasa. Ini penting bagi memastikan Jabatan Amal sentiasa berada di tengah-tengah masyarakat dalam memberi khidmat masyarakat.


Jabatan Amal Selangor turut menghantar wakil yang diketuai sendiri oleh Pengarah Jabatan Amal Negeri, sdr Hj Azmi. Turut sama setiausaha sdr Khairil Anuar Ismail, ALP Asri, ALP Amin dan lain-lain.