Saturday, May 3, 2008

Ceramah Perdana: Negeri Kebajikan Pasca Kemenangan

Cheras Perdana, Kajang : Ceramah Perdana "Negari Kebajikan Pasca Kemenangan" telah disampaikan oleh YAB Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan, YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa Ahli Parlimen Bachok Kelantan, dan YB Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi Selangor. Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching daripada DAP. Program anjuran Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Serdang ini mendapat sambutan penduduk setempat dengan kehadiran orang ramai lebih kurang 5000 orang.

Orang ramai mengerumuni Tn Guru sebaik sahaja ia sampai dan juga semasa ceramah berakhir untuk bersalaman dan mencium tangan pimpinan ulung ini. Oleh kerana kesihatan tidak mengizinkan, pihak keselamatan daripada PAS Pusat, turut sama Saudara Hud yang merupakan Timb. Pengarah II Amal Selangor dan rakan-rakan serta bantuan daripada Unit Amal Serdang memastikan keadaan terkawal. Petugas-petugas daripada PAS Cawangan Cheras Perdana dan Cawangan-Cawangan sekitar seperti Pas Bandar Tun Hussein Onn, Pas Cheras Jaya, Pas Impian Ehsan dan lain-lain banyak membantu memastikan lalulintas lancar. [Kawasan Serdang]