Monday, August 31, 2009

Qiamulai Remaja

Tazkirah dan taklimat ringkas tentang qiamulai dan pelaksanaannya disampaikan oleh Ust Army. Jam 3.40 pagi 30Ogos2009.

Sesi Pendaftaran, berkenalan dan taklimat awal oleh Sdr Agus Salim Abd Wahid selaku Pengarah Program merangkap Ketua Kor Tarbiyyah Amal Serdang.

29 Ogos 2009(Sabtu), Jabatan Amal Serdang melalui Kor Tarbiyyah telah melaksanakan program 'QIAMULAI REMAJA' bertempat di Surau Jubli Perak, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Seramai 9 ahli Amal Serdang bersama-sama 62 orang remaja yang berumur antara 10-16 tahun terlibat dalam program tersebut. Qiamulai telah dibimbing oleh Ustaz Army daripada Taman Kajang Utama. Ustaz juga berkesempatan menyampaikan kuliah suboh pada pagi tersebut yang turut dihadiri oleh jemaah surau serta pakar motivasi terkenal Ustaz Fadhilah Kamsah yang berkebetulan bersembahyang berjemaah suboh di situ. Kesahduan surau ustaz semasa melafazkan zikir, bermunajad kepada Allah swt mengamit keheningan pagi.


No comments: