Sunday, January 17, 2010

PELEPASAN PESERTA XPDC GUNUNG NUANG

Kajang, 16 Januari 2010 bersamaan 30 Muharram 1431:

Pelepasan peserta xpdc Gunung Nuang anjuran Jabatan Amal Malaysia Kawasan Serdang, Negeri Selangor oleh YB Dr Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi). Seramai 90 orang menyertai ekspedisi pendakian, iaitu 72 peserta, 12 AJK dan 6 orang pemandu. Peserta kebanyakan dari DUN Bangi, antara mereka dari UKM dan UPM. Terdapat 5 orang peserta muda berumur 15 tahun dan tertua berumur 54 tahun.
Menurut Saudara Anuar selaku Ketua dari Jabatan Amal Serdang, "Expedisi selama dua hari bagi mendaki gunung setinggi 1,498 meter itu. Dari Pondok Pengawal mereka mendaki melalui empat tahap, iaitu melalui Kem Lolo, Kem Pacat, Kem Pengasih dan Kem Puncak. Dari Post Pengawal ke Kem Lolo dijangka memakan masa selama dua jam. Pada jam 3.00 pagi nanti mereka dijangka berada di Kem Pengasih dan bersembahyang tahajjud dan tazkirah di situ. Kemudian bertolak dari situ dan dijangka bersembahyang subuh di Kem Puncak. Pada tengahari keesokan mereka dijangka mulai menuruni gunung kembali ke bawah.


~Acara pelepasan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar di Masjid Kajang~


~YB bersama-sama peserta berumur 15 tahun dari Bandar Baru Bangi, antara peserta termuda~

~Acara memanaskan badan untuk mengelakkan ketegangan otot semasa pendakian~


~Membaca doa sebelum memulakan ekspedisi~


~Pengarah Program XPDC, Saudara Mohamad Sobri bersalaman sebelum memulakan ekspedisi~



Sekian ... tunggu laporan setelah kami kembali turun....

No comments: